Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH
Kampung Dewan Beta terletak 12 km daripada pusat Bandar  Kota Bharu. Mempunyai etos dan identitinya yang tersendiri. Menyusuri jalan tepi sungai Kelantan menghala ke Kemubu. Keunikkannya dikelilingi oleh sawah padi yang terbentang luas.Masyor dengan nama Tok Chekeli dan permainan tradisi melayu.
Sekolah Kebangsaan Dewan Beta telah beroperasi sejak tahun 1925. Ianya atas inisiatif kerajaan pada masa itu.Tapak asalnya Pejabat Penggawa Daerah Dewan Beta sekarang. Cikgu Ibrahim Awang dari Wakaf Che Yeh, Kota Bharu adalah guru pertama dan pengasas sekolah ini. Bilangan murid pada masa itu seramai 30 orang.
Tapak sekolah menjadi masalah utama ketika itu .Pada 1 Jun 1927 Sekolah Kebangsaan Dewan Beta telah dipindahkan ke tempat baru bertentangan dengan Kedai Dewan Beta. Jumlah guru dan murid tidak berubah.
Allahyarham Cikgu Ibrahim Awang telah diganti oleh Cikgu Abd.Rahman Salleh dari  Jalan Bayam , Kota Bharu . Kemudian diganti oleh Cikgu Ab.Rahman Ahmad @ Dollah.
Akibat kemelesatan ekonomi dan kemiskinan  penduduk,bilangan murid di sekolah ini semakin berkurangan.Bila peperangan dunia kedua meletus (1941-1945) sekolah ini terpaksa ditutup. Jepun menyerang dan bertapak di Kota Bharu.
Selepas perang dunia kedua pada 1 Januari 1947 Sekolah Kebangsaan Dewan Beta dibuka semula dengan nama ‘Sekolah Rakyat”. Kelas yang wujud dari tahun 1-4.Tiada had umur dikenakan. Sekolah Rakyat terletak di Kedai Pak Muda Jusoh , Kedai Dewan Beta.
Kewujudan semula sekolah ini stas inisiatif dan kesungguhan bekas iman Masjid Mukim kg. Chekeli ,Dewan Beta iaitu Tn.Hj.mat Yaakub Hj.Saad. Allahyarham Yaakub Abd. Rahman telah menjadi guru di sekolah ini. Gaji ketika itu secupak beras dan wang RM 1 setiap bulan.
Mulai tahun 1949,bilangan murid masuk sekolah semakin pesat. Bilik darjah yang ada tidak mencukupi .Sekolah baru telah dibina diatas tapak sekolah sekarang.Tanah ini adalah hadiahdaripada penduduk setempat atas daya usaha Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).Pertambahan penduduk dan bilangan murid semakin ramai.
Pasa 1 mac 1950 Sekolah Kebangsaan Dewan Beta telah diambilalih oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.En.Hassan Taib dari kampong pendek telah menjadi Guru Besar pertama,Pada tahun 1952,keraan telah mendirikan bangunan baru-kayu dengan perbelanjaan sebanyak Rm 43,000 yang mempunyai 6 kelas dan 1 pejabat. Orang yang memainkan peranan ialah
-      En. Mat Yaakub Hj Saad (Pengetua/ YDP)
-      En.Hassan Taib (Setiausaha)
-      En. Mohd. Nor Hj Saad (Pengurus Bersama)
-      En Omar Sulung (AJK)
-      En.Zakaria  Abd. Malik (AJK)
Pada tahun 1981, kerajaan telah membina bangunan tambahan (bata) satu blok tingkat dengan kos RM581,800.00.Keluasan tapak telah ditambah menjadi 6.511 ekar.Antara yang terlibat dalam pembinaan ini ialah YBRS Tn. Hj. Mohd Hussain Muhammad(pengurus), Tn.Hj. Mohd Noor saat (Pengerusi YDP) , Dato ‘ Mohammad Hj. Ali dan Zakaria Abd .Malek.
Di bawah rancangan Malaysia Ke -9 , Sekolah Kebangsaan Dewan Beta sekali lagi mendapat bangunan tambahan baru pada tahun 2009. Bangunan 2 Blok 4 tingkat ,1 kantin, 1 prasekolah dan 1 tangki air.Ini menelan belanja 6.2 juta bagi menampung 700 orang pelajar,46 orang guru, 5 pekerja swasta dan 3 pengawal keselamatan. Ini memacu perkembangan baru pendidikan selaras dengan Dasar PIPP Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekolah Kebangsaan Dewan Beta juga telah melahirkan beberapa tokoh-tokoh Alumni seperti Datuk Ariffin Said (Timbalan Menteri Besar Kelantan) Prof. Hamid Mahamood, (KOl) Hussin Harum, Hj.Adnan Mohd Noor(KSPA) JPN Kelantan dan  ramai lagi yang berjaya.